Spice of My Life

Followers !

Halaman

31/07/2023

2H1M : Cameron Highlands (5)

 


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jom sambung cerita Cameron Highlands yang berlaku pada 9-10 Julai lepas, untuk hari kedua ni kami keluar awal sebab nak balik.

Tapi sebelum balik ada lagi singgah beberapa tempat, untuk sarapan kami makan di kedai sebelum Kea Farm tu dekat selekoh tu, tak tahu nama apa tapi dekat-dekat situ lah, haha.







Habis sarapan terus parkir di Kea Farm dan masuk ke Sheep Santuary, mahal dah sekarang dulu RM7 saja, sekarang dah jadi RM12, mentang-mentang dah jadi tempat pelancongan, hahaha.

Kat sini seronok rasa macam taknak balik, kambing biri-biri comel betul ! Kali ni pergi ada Llama, ke orang panggil Alpaca, tapi tak kisahlah, haiwan leher panjang tu, hahahaha.




Dah habis pusing dan siap berpeluk dengan kambing, keluar pergi Kea Farm pula, masa ni dah ramai orang, ingatkan Isnin tak ada orang, tak juga, penuh juga.

Siap beli jagung apa semua, kami pun keluar dan singgah di satu tempat lagi sebelum balik.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan