Spice of My Life

Followers !

Halaman

16/01/2024

Ganti baru


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Minggu lepas KK ada pergi tempah cermin mata yang baharu, ada duit lebih sikit jadi kita buat baru nak ganti yang sekarang.

Lama dah nak buatnya, tapi tertangguh kerana isu kewangan, kali ni KK pergi buat juga, hahaha, sebab yang tengah pakai ni dah lama sangat.

Dah dua tahun, warna pun dah pudar, kanta pun dah banyak calar, jadi apa salahnya kita 'self reward' hasil bekerja siang malam, haha.



Masih memilih jenis plastik, sebab tahu diri ni jenis tak boleh nak jaga jenis bingkai besi, nanti patahlah, terpijak lah, hahaha, serik!

Minggu depan rasanya siap, nanti dah siap KK tunjuk ye, hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan