Spice of My Life

Followers !

Halaman

03/08/2013

Pilihanraya MPPT6 sesi 2013/2014 (Part 2) !


Assalamualaikum,

Kimi nak sambung cerita Part 1, jadi selepas guru-guru mengundi, giliran para pelajar pula mengambil tempat untuk menjalankan tanggungjawab bagi membuang undi.

Pengundian dimulakan dengan pelajar enam rendah terlebih dahulu baru diikuti oleh pelajar enam atas.








Selepas selesai sesi mengundi, bermulalah aktiviti pengiraan undi, sesi pengiraan undi dilakukan oleh ahli MPPT6 yang lain, kimi tak terbabit. hehe

Undi-undi dipilih, jika kertas undi diconteng, tanda melebihi 8, tanda terkurang 8 akan dikira undi rosak. Hanya kertas undi yang betul2 menepati syarat akan dipilih.




Sesi mengira undi dilakukan di hadapan kesemua pelajar untuk membuktikan tiada sebarang penyelewengan atau kes-kes penipuan yang berlaku, hanya ahli MPPT6 sahaja dibenarkan untuk mengira undi.



Selepas dikira, inilah hasilnya, untuk kali ini, nampaknya seperti tahun lepas juga, wanita mendahului tempat pertama dengan memperoleh 170 undi !


Tahniah kimi ucapkan kepada 10 undi tertinggi ! Yugeshwary (paling tinggi) yang telah memenangi undi paling tinggi iaitu sebanyak 170 undi ! Mohd Naemmudin (bersongkok) mendapat 161 undi dan seterusnya !

Seterusnya ialah sesi bergambar bersama MPPT6 lama dan baru,


Barisan MPPT6 sesi 2013/2014 


MPPT6 2012/2013 (nampak tak kimi?)

Berakhirlah sudah pemilihan dan pilihanraya bagi tahun ini, nampaknya tugas kimi sudah di penghujung dan semakin meletakkan jawatan sebagai setiausaha.

Oleh itu, kimi nak ucapkan tahniah kepada yang berjaya, dan kepada yang tak berjaya, jangan bersedih, banyak lagi saluran yang anda boleh gunakan untuk berbakti kepada sekolah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan