Spice of My Life

Followers !

Halaman

08/08/2013

1 Syawal : Selamat Hari Raya !


Assalamualaikum,

Hari ini hari raya pertama bagi sesi 2013, macam mana raya ? seronok? pasti kanak-kanak suka kerana mesti dah banyak duit raya dah dapat kan? hehe

Tahun ini tahun kedua kimi beraya sebagai part-time blogger,hehe, ramai diantara blogger pagi2 dah upload gambar baju raya, ada warna merah jambu, kuning, hijau dan paling ramai sekali warna ungu.

Tak tahu lah kenapa, kalau kat kawasan rumah kimi, ramai diantara keluarga memilih warna ungu, haha, mungkin dah berpakat ye semua dalam mimpi, haha

Walau apapun, kimi rasa tahun ni lebih baik dari tahun lepas, walaupun persiapan agak sederhana, tetapi semangat raya itu masih ada dan harap berkekalan.

Mana tak semangat, pasang langsir satu rumah sampai pukul 2 pagi, haha, memang terbaik, buat sorang2 pula tu, haha, memang terbaik !

Diharap kesemua berbahagia bersama keluarga tercinta dan terus menyambut hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya untuk berpuasa selama sebulan !


Kimi dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, dan Maaf Zahir dan Batin ! Berayalah dengan gembira bersama orang yang tersayang !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan