Spice of My Life

Followers !

Halaman

20/01/2014

Mampukah lagi bertahan ?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Jumaat KK cuti, Sabtu pula HR cuti, jadi notis tu baru sampai di tangan HR harini, padahal dah letak kat situ dah 2 hari.


Jadi, HR jumpa KK tadi, dia cakap, boleh tak hold sampai habis Tahun Baru Cina? KK tanya balik, sampai bila tu?

Dia cakap dalam 5 haribulan, kalau ikutkan notis, KK kena tambah lagi 6 hari lagi kat situ.


Hmmm, dapatkah KK bertahan lagi 6 hari, hari-hari yang KK lalui ini pun dah terpaksa, Ya Allah, kuatkan KK !

Alah, 6 hari je kot? Mesti semua fikir macam tuh, tapi kalau dah hari-hari macam-macam jadi, macam mana tu?

Harini pun ada lagi masalah, ni kan nak tambah lagi 6 hari, tak boleh nak bayangkan nak lalui lagi 6 hari.


KK masih lagi fikir hal ni, nak terima atau tak, kena tanya pendapat orang lain.

Hanya berserah dan minta petunjuk dari yang Maha Esa




4 ulasan: