Spice of My Life

Followers !

Halaman

11/09/2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kali ni KK nak sertai segmen yang dianjurkan oleh En. Ben, lama dah KK tak sertai segmen bagai ni, hehe, klik banner untuk sertai juga !

Tarikh tutup segmen ni pada 11/9/2014 ( 9.00 malam )


Ada 3 soalan yang perlu diselesaikan secara ringkas untung melengkapkan penyertaan segmen ini, jom kita tengok !

Latar Belakang secara ringkas :-


Nama Kimi, biasa kat blog orang lebih kenal KK, asal Kuantan, Pahang, dan masih menetap di sini. Umur baru 20, anak ke-2 dari 4 orang adik beradik. Lahir pada 12/10/1994, mak cakap bersalin kat rumah. Minat sangat buat kek dan sekarang bekerja dalam bidang bakeri.

Kelebihan Blog :-


Sebenarnya, KK menitikberatkan soal penggunaan bahasa Melayu dengan betul, KK akan sepenuhnya dan akan cuba menaip setiap patah perkataan tanpa menggunakan singkatan dan cuba untuk mengelakkan penggunaan bahasa rojak atau percampuran bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

Selain itu, blog KK sekadar diari di alam maya, berkisarkan kisah kehidupan dan diri sendiri, Blog KK ada resipi tau, haha, ada resipi Kek Minyak, Kek Marble, Kek Pelangi 3D, Kek Batik, Biskut Bunga Seroja, Biskut Jambu dan sebagainya, boleh cari di kotak carian atau klik saja disini ---> Senarai Resipi KK

Impian bila dah jadi Blogger :-


Pada asalnya tak ada impian pun, niat berblog yang pada mulanya lewat tahun 2011, pada masa tu sekadar hobi dan mencatat segala perjalanan hidup dari tamatnya SPM sehingga mendapat segulung ijazah, insyaAllah.

Kalau sekarang, impian KK nak dikenali dikalangan blogger lain, nak sertai blogger punya aktiviti, bersantai dan lebih dikenali. Pada masa yang sama, biarlah penulisan KK menjadi rujukan dan manfaat kepada semua manusia dan menjadi ilmu yang berguna, segala apa yang terkandung di dalam blog ini KK dah halalkan dunia dan akhirat.

Itu sahaja, rasa macam terpanjang pula, hehe, maafkan saya En, Ben, hehe, selamat membaca semua :)


12 ulasan:

  1. hihi, harap dimudahkan untuk menjadi seorang blogger yang terkenal hehe

    BalasPadam
  2. fuhhh dah lama gila tak blogwalking! dah lama tak jenjalan and lepaking kat sini.. huhuhu :) keep blogging! http://nunapringiacyunq.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama. done follow #880
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    BalasPadam