Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 2 Mac 2014

Kek Span @ Kek Minyak


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK nak kongsikan satu resipi yang cukup mudah tapi yang pasti sedap dan pasti nak buat lagi.



Banyak sangat nama untuk kek ni, ada yang panggil Kek Minyak, ada juga Kek Span, ada yang menyebut Kek Asas.


Walau apapun namaya, Kek Minyak ker, Kek Span mahupun Kek Asas pun, tak guna kalau kita tak cuba dan rasa sendiri, betul kan?

Jadi, jom kita lihat, cara-cara nak buat Kek Minyak ni, ataupun cara nak buat Kek Span pun boleh, hehe.

Resipi asal kek ni adalah Kek Span perisa pandan, rumah KK tak adalah pula perisa pandan, yang ada perisa pisang, pun boleh. hehe

KK jumpa resipi di page Buku Resipi dan individu yang kongsi resipi ini ialah eJung LyZa, terima kasih kak, mohon halal ilmu ye :)


Kek Minyak @ Kek Span

Bahan-Bahan :-

2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 sudu besar baking powder
1 cawan gula pasir
3 biji telur
3/4 cawan air masak
esen pandan/pisang/vanilla
pewarna


Cara-cara :-

1) Ambil blender yang bersih, jangan ambil yang blender cili pula, kalau tak ada, basuh sampai hilang pedas, tak pun rendam semalaman.
2) Satukan telur, gula, baking powder, air, minyak dan esen pisang/pandan.
3) Kisar bahan-bahan tadi sampai sebati.
4) Letak bahan kisar tadi dalam bekas dan adunkan dengan tepung gandum.
5) Letak pewarna yang disukai.
6) Bakar dalam oven bersuhu 180C selama 50minit.


Mudah bukan? cuma kisar dan adun terus boleh bakar, tak salah jika nak cuba kek ni kepada baru yang nak belajar buat kek, takkan lah kita tak pandai terus nak cuba buat Red Velvet kan, belajar dari bawah macam KK.

Cuba jangan tak cuba, kalau KK boleh, anda semua pasti boleh, kek tu KK saja marblekan, nak bagi nampak cantik, dan rasa pisang, sedap sangat


Tip !

  • Panaskan oven dalam 10 minit sebelum membakar.
  • Kalau tak boleh sangat guna blendar, guna mixer macam biasa pun boleh, tapi gula pastikan kisar dahulu.
  • Kalau tak ada sangat perisa, boleh letakkan esen vanila
  • Pewarna tak kisah, ikut citarasa sendiri.
  • Kalau nak marble macam KK, boleh cuba letak adunan dari tengah, dan terus letak berselang seli warnannya, dan bila dah siap, ambil lidi, lorek dari tengah,dan bentuk macam gambar diatas.

Apa tunggu lagi? Sila bertindak sekarang, hehe :) Selamat Mencuba !



7 ulasan:

  1. Sorry...air masak brapa byk tuh...??

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, maafkan saya, air tu 3/4 cawan :)

      Padam
    2. air masak tu air btul panas ke @ air panas yg telah disejukan

      Padam
  2. Nampak sedaplah...macam senang nak buat, nak cuba satu hari nanti! :)

    BalasPadam
  3. Just tried your recipe! Made a matcha green tea marble cake. It is amazing!! :-D

    BalasPadam