Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 27 Mac 2014

Kudapan petang : Tempe celup tepung !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Petang-petang ni, memang rasa nak tidur saja, denga cuaca yang agak panas, mata tu layu dan mengantuk tak habis.


Daripada tidur, baik kita membuat satu aktiviti kan, jadi KK pergilah dapur, godek-godek benda apa yang ada.

Adalah sekeping tempe, jadi KK nak goreng dengan tepung beras, memang sedap sangat dan selalu buat.

Resipi amat mudah, tepung beras, tambah kunyit sikit untuk warna dan letak garam sikit, sebatikan dengan air, buat macam bater sedikit pekat.


Potong dadu atau memanjang tempe tersebut dan celup dalam adunan bater tadi, goreng sehingga garing dengan api perlahan.

Mudah bukan? bila makan tu, rasa kriuk kriuk kriuk masa kunyah, memang sedap, KK ni memang penggemar tempe, lagi-lagi tempe masak pedas dengan ikan bilis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan