Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 8 Mac 2014

Sedih :( Tak dapat join #SBB2014 !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menaip dengan penuh perasaan dan himpunan rasa dengki bercampur baur sedih yang tidak terhingga.


Teringat lagi status Abang Boni Kacak di Facebook bulan lepas tak silap, dia cakap, akan ada himpunan terbesar bersama blogger nanti, KK punyalah semangat masa tuh.

Hati memang nak join, tapi bila dah tengok tarikh macam dah ok, tapi bila dah nak dekat, tiba-tiba terpaksa batalkan di saat-saat akhir.


Patutlah bila KK nak daftar, rasa berat saja hati, tak apalah, nanti-nantilah nak daftar, getus hati KK begitu.

Memang benar, sudah terang lagi bersuluh, keluar saja jadual MUET Test sesi Mac, nampaknya tarikh 8/3/2014 menjadi tarikh keramat yang penting.

KK punya Test 2 hari saja, tetapi, jarak diantara 2 hari itu memakan masa selama 2 minggu lamanya, sebab tu masalah sikit, dan 8/3/2014 memang KK ada 3 paper yang perlu diduduki.

jiwa kacau !

Tapi, apakan daya, balik dari MUET Test, tengok semua blogger upload gambar di FB, hati terasa sedih dan dengki dengan semua, huwaa !!

KK harap perkara atau majlis seperti ini diadakan lagi tahun hadapan, insya Allah jika kena pada tarikhnya, KK akan turut serta.

Nak juga beramah-mesra dengan blogger-blogger otai, blogger baru macam KK ni, saling tukar kad nama kan, kenal-kenal, kongsi ilmu dan sebagainya.


4 ulasan: