Spice of My Life

Followers !

Halaman

10/03/2014

Powerbank : Pineng PN- 938 (10,000mAh)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam baru KK beli powerbank ni, kesian kan, orang lain dah berkurun ada, KK baru miliki sekarang, hehe




Powerbank Pineng antara yang top di pasaran, sebab original dari China dan mempunyai waranty selama 1 tahun.


KK beli dari penjual yang tinggal berdekatan dengan rumah KK, mudah kan, senang COD saja, tak perlu nak tunggu pos bagai.

KK beli dengan harga RM 85.00, harga sebenar RM 90, tapi minta diskaun dari penjual, hehe. baik dan bermurah hati. KK dah biasa beli dengan dia.


Ada 3 pilihan warna, pink, putih dan hijau, dan KK pilih warna pink, haha, girlish sangat, sebab tab KK warna pink, konon-konon boleh sama lah, hehe

Powerbank PN-938 mempunyai kapasiti sebanyak 10,000 mAh, jadi kalau tab KK, dapatlah guna sebanyak 5 kali, sebab tab KK cuma 2,000 mAh saja.


PN-938 ialah satu-satunya powerbank keluaran Pineng yang berbentuk bulat dan digelar "batu", design dan jenis lain semuanya petak-petak.

Banyak lagi jenis powerbank Pineng ni, ada yang 5,000 mAh, ada yang 11,200 mAh, ada yang sampai 16,800 mAh, bergantung kepada keperluan.


Oh, tak lupa, dapat percuma beg uncang kecil, nak isi powerbank kan, tak lah selerak nanti, boleh isi cable sekali dalam tu.

Nak beli juga? boleh ke KedaiKite.com atau page FB Kedai Online Kite , segala maklumat boleh didapati disitu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan