Followers !

Ahad, 16 Mac 2014

3 biji kek dalam masa 1 hari ! Fuhh *-*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Sabtu yang lepas bertarikh 15/03/2014, jiran sebelah KK ada buat sedikit majlis tahlil, jadi mak KK nak bagi sedikit juadah untuk hidangan di tahlil tersebut.


Jadi, mak cadangkan KK buat Kek Minyak, KK tak kisah, sebab Kek Minyak tak banyak songeh, blend saja dah boleh bakar, cepat , mudah dan sedap.

Misi dimulakan seawal jam 12 a.m tengahari, sebab majlisnya nak dimulakan selepas Zohor, jadi sempat lah. insya Allah

Mak suruh buat 2 biji, sebab sebiji sikit, kek kecil saja, jadi buat 2 biji lah, dan bermulalah berperang di dapur, ahahaha


Kek yang pertama, KK gunakan gabungan warna hijau dan merah jambu dan kek yang kedua, gabungan warna ungu dan merah jambu, kalau dilihat pada gambar, warna yang lebih terang dan menarik adalah hijau.

Mak pun cakap macam tu, lain kali KK cuba nak gabungkan ungu dengan kuning, tengok macam mana pula hasilnyakan.


Eh? Tu baru 2 biji, mana lagi 1 biji kan? Oppss, lupa nak beritahu, jiran KK yang rumahnya dihujung sekali, haha, dia cakap kek sedap, nak lagi, tak cukup makan katanya. Jadi, kira nak tempah sebiji lah.

Disuruhnya buat lagi sebiji, sebab dia cakap cucu dia suka juga, nak beli dengan KK sebiji, jadi KK buatlah, kira cincai RM15 siap bakar dan boleh makan terus.


Inilah hasilnya kek yang ketiga, KK gunakan gabungan warna hijau dan merah jambu, yang ni tak boleh potong, sebab orang punya, nak tengok juga menjadi tak coraknya, risau juga kan.

Tapi malam tu, mak mesej jiran tu, dia cakap kek dah tinggal separuh, makan sekali dengan cucu dengan anak dia, hehe, sukanya hati, alhamdulillah, orang suka


Inilah hasilnya, 2 biji kek yang diberi di majlis tahlil, alhamdulilah, dapat balasan ayam masak merah dengan sayur labu air, sedap ayam tu !

Cukup-cukup 2 bekas, 1 bekas 1 warna, jadi mak hantar 2 bekas, nampak menarik bila dipotong kecil-kecil. Lorekan dan jalur jelas kelihatan.

Nak resipi? boleh ke ---> Resipi Kek Minyak ! <---


Tiada ulasan:

Catat Ulasan