Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 11 Mac 2014

Makan malam di Jendela Steamboat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari Sabtu lepas, KK dan Nadiah ke Jendela Steamboat, makan malam disana, dah lama kalau ikutkan perancangan, teringin sangat nak makan steamboat.



KK ni jenis jarang makan steamboat, biasalah, tekak orang Melayu, tak lari dari makan nasi, tapi malam tu, kita cuba cara lain pula, hehe


KK dan Nadiah sampai jam 8:30 malam, masa tu orang memang tak ada, kalau diikutkan dibuka jam 6:30 petang, tak awal dah, cuma tak ada orang saja.

Kalau nak sebut steamboat memang banyak jenis, banyak pilihan kat sini, sampaikan fish cake angry bird pun ada, comel sangat !

Pilihan makanan banyak, ada mee goreng, nasi goreng, kalau pencuci mulut, ada kek coklat, aiskrim dan ada coklat fountain, boleh makan dengan biskut atau marshmallow, best sangat !


Nampak tak angry bird fishcake, nemo dan owl kat situh !



Jadi, bila dah makan, habis hilang diet, haha, kena pantang lepas ni, best sangat makan kat sini, nanti nak pergi lagi, ajak ramai-ramai.

Jom tengok pilihan makanan KK dan Nadiah, ni baru sikit, yang dalam perut tak tahulah banyak mana, hahahaha *hancur dietku !


comel kan ? fish cake ikan nemo lah, angry bird lah, burung hantu pun ada, hehe

tak tahan tengok coklat tuh !

ketamakan melampau, haha

aiskrim ! keladi + coklat + jagung + strawberry !

Nampak sedap bukan? Jadi KK nak buat sedikit review tentang Jendela Steamboat, mana tahu lepas ni nak cuba juga :)


Jendela Steamboat Buffet

Pilihan Makanan :-
  • Banyak pilihan steamboat, makanan laut, dan sayuran
  • Makanan berat pun ada, macam mee goreng
  • Sup ayam dan tomyam disediakan
  • Dessert : kek coklat, buah, aiskrim dan ada coklat fountain !
Harga :-
  • Dewasa = RM 22.90
  • Kanak-kanak = RM 9.90 (4-10 tahun)
Persekitaran :-
  • Staf yang mesra pelanggan
  • Kawasan yang selesa, tak sesak sangat
  • Mudah untuk dapatkan makanan
Masa Perniagaan :-
  • 6:30 pm - 11:00 pm
  • Dibuka setiap hari kecuali Khamis (cuti)
Lokasi :-
  • No. 188, Jalan Sri Kuantan 2, Seri Kuantan Square 25050 Kuantan
  • Berdekatan dengan Wan Satay dan Hotel Seri Malaysia
  • Masuk simpang Hotel Seri Malaysia, terus, nampak Wan Satay, masuk simpang kiri, depan sikit belah kanan dah nampak Jendela Steamboat
  • Kalau tak jumpa sangat, masuk je simpang kat Wan Satay, pusing-pusing satu bangunan tu, sambil-sambil pandang kiri kanan. Insya Allah jumpa


Apa jua pertanyaan boleh call no telefon yang tertera di atas, KK amat berpuas hati dengan segala aspek dan akan datang untuk makan kat sini lagi :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan