Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 30 Mac 2014

Alhamdulillah, dapat kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Al-kisahnya, petang tadi masa KK di majlis perkahwinan sahabat KK, tiba-tiba terima satu panggilan dari tempat KK mohon haritu


Nasiblah tak tersedak nasi minyak kan, hehe, dan KK perlu hadiri temuduga pada hari tu juga, perlu datang sebelum jam 6 petang.

Jadi, lepas saja balik dari kenduri tu, terus KK ambil helmet dan rempit nak pergi temuduga ni, memang tak bersalin baju, baju yang sama dari kenduri dah.

Bila sampai, KK terus ditemuduga, dia cakap tak ada masalah, sebab KK dah pernah kerja kat situ dulu, tapi cuma di bahagian lain.


Alhamdulillah, KK diterima, syukur Ya Allah, setelah 1 bulan 3 minggu KK dirumah, setelah 3 kali permohonan kerja Kk ditolak, Allah baru nak bagi rezeki.

Insya Allah jika tiada aral melintang, KK akan bermula kerja pada 1/4/2014, hari pertama di bulan 4, rasa tak sabar nak kerja.

Penantian hampir 2 bulan kini telah berakhir ! KK kembali bekerja ! huhu


2 ulasan: