Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 20 Mac 2014

Panggilan temuduga kerja !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK akan menjalani satu sesi temuduga, panggilan temuduga yang agak mengejut,tapi KK tak sabar dan teruja !


Sebenarnya semalam masa tengah bercakap dengan Arif melalui telefon, tiba-tiba dapat panggilan dari nombor yang tidak tertera namanya.

KK terpaksa angkat, dan biarkan Arif tunggu sekejap, nampaknya panggilan tu dari sebuah syarikat yang dulu KK pernah hantar resume kerja.

Tak silap KK, bulan 2 KK hantar resume tu, baru sekarang ada rezeki, alhamdulillah, KK tetap bersyukur, kalau rezeki tak kemana.

KK diminta hadir untuk sesi temuduga pada jam 11 pagi, bawa dokumen seperti salinan SPM dan sebagainya.

Doakan KK dapat buat yang terbaik ;)



2 ulasan: