Followers !

Jumaat, 14 Mac 2014

Borang sudah diisi, tunggu panggilan sekarang ^-^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Misi mencari kerja berjaya dengan bantuan Nadiah, terima kasih sebab temankan KK harini, Nadiah pun nak cari kerja juga.


Kedai pertama yang KK pergi tadi adalah kedai buku, rasa macam seronok kerja kedai buku kan, boleh kenal-kenal buku, belajar benda baru.

Nadiah pun isi juga borang, sama-sama cuba nasib, dan Nadiah juga mohon kerja di butik pakaian, juga menunggu panggilan.

Yang terakhir sepatutnya nak mohon di tempat kerja lama, dah jumpa dengan akak yang KK kenal dulu, tiba-tiba terus balik, lupa nak isi borang.

Naik lift terus sampai G, nak naik balik dah malas, teringat semula masa kat motor dah, jadi lain kali kalau KK pergi, KK isi borang.


Jadi, sekarang mood menunggu, telefon kena selalu diperhatikan, jangan lepas pun, mana tahu esok ada yang telefon kan, syukur alhamdulillah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan