Spice of My Life

Followers !

Halaman

Sabtu, 22 Mac 2014

Tempahan dari jiran sebelah :)


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak sangka, ingat tak entri tempoh hari yang KK cerita tentang kek minyak yang disedekahkan di majlis tahlil, boleh baca kisah 3 biji kek dalam 1 hari.


Jiran sebelah, Kak Suzy dia cakap suka pula dengan kek itu, tak puas makan masa tahlil harituh, takkan lah nak melantak sorang-sorang kan, hehe

Jadi, dia nak tempah sebiji, dah bagitahu awal-awal, hari rabu kak suzy dah pesan kat KK, siap pesan nak gabungan warna hijau dan merah jambu, hehe.

KK ingat nak buat pagi, tapi disebabkan KK ada temuduga, terpaksa ditangguhkan sampai balik solat jumaat.


Masa KK balik dari temuduga dah pukul 1, tak sempat lah, siap-siap nak ke masjid, jadi lepas balik dari masjid, misi diteruskan !

Dengan tak bersalinnya baju, KK terus mulakan operasi, sebab dah janji nak siap sebelum pukul 4, sampai rumah dah pukul 2 petang.

Nasiblah kek ni mudah saja, tak remeh sangat, dalam 2:30 p.m dah siap adun dan tunggu nak bakar.


Dalam 3:50 p.m kek dah siap, nasib baik, terus mesej kak suzy, cakap kek baru keluar oven, suka sangat dia, nak makan panas-panas katanya.


Inilah hasil, apabila dibungkus dalam bekas plastik, nasib mak KK simpan lagi bekas ni, hehe.

Siapa-siapa nak Kek Minyak, boleh beli dengan KK, nanti KK pos ye :) harga boleh dirunding. hehe. PM kat FaceBook :)




2 ulasan: