Followers !

Selasa, 11 Mac 2014

Bayar duit MR1 & Beli Lens Drop

FreshLook Turqoise
Assamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini barulah nak nampak dunia luar, itu pun dipaksa oleh mak KK, disuruhnya pergi bayar duit motor, hehe


Sebenarnya dah 2 bulan KK tak bayar, bulan 2 dan bulan 3, hehe, nasiblah tauke kedai tu tak telefon bertanya, kalau tak habislah, haha

Jadi, hasil duit Gaji Bulan 2 , dapatlah KK bayar untuk bulan 2, tapi untuk bulan 3, KK minta belas ihsan abah untuk tolong, alhamdulillah, terima kasih abah !

Jadi, KK gagahkan diri yang pemalas ni, pergi bayar petang tadi, 1 bulan kena bayar RM 140, 2 bulan jadinya RM 280, tapi tauke tu suruh cukupkan RM 300 terus, katanya cepat sikit habis hutang.


Saja je tauke tu, KK baru nak enjoy dan berjimba dengan duit tu, hahaha, tapi tak apalah, nanti lama-kelamaan kena bayar juga.

Balik dari bayar duit motor, singgah kejap Megamall, nak jalan-jalan, tengok bandar, haha, dah lama sangat tak berjalan.

Difikirkan nak beli Ink printer Canon , sebab yang warna hitam dah habis, bila tengok harga RM 20, rasa macam mahal pula, untuk satu warna.


Printer KK pakai yang external ink, ataupun orang cakap tabung ink diluar, jimat sangat pakai macam ni, cuma kena jaga.

Jadi, tak beli, singgah Watson, harini KK gatal pakai FreshLook Turqoise, jadi nak beli Lens Drop, pusing-pusing Watson, akhirnya jumpa, masalahnya benda ni sebelah rak k*n**m, malu nak pilih lama-lama, haha


KK memang biasa beli yang jenama ni, Blink-N-Clean brandnya, harganya pun murah, cuma RM 5.50 saja, berpatutan, sesuai pakai bila dalam keadaan aircon, mata jadi keringkan, lepas titik, mata segar dan selesa saja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan