Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 12 Februari 2014

Kegilaanku terhadap Contact Lens !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kegilaan KK kembali lagi, setelah 3 tahun meninggalkan pemakaian kanta lekap, kini KK kembali menggunakan kanta lekap ! huhu


Kepada pembaca setia blog KK, pasti sudah tahu bahawa KK adalah pemakai tegar contact lens suatu ketika dahulu.

selfie meroyan di tempat kerja ! 
Kali terakhir KK pakai kanta lekap iaitu pada tahun 2010, iaitu masa KK tingkatan 4, tapi masa tu pun dah jarang-jarang.

Lepas saja contact lens tu habis tempoh, KK terus tak pakai, sebab dah tak beli, lagipun dah ada My Jewel

Sampai lah tahun lepas, cukup 3 tahun mata KK bersih dari kanta lekap, hinggalah tahun 2014 telah merubah segalanya.

Kakak KK yang cakap, Hollywood ada buat sale untuk contact lens, harga pula RM 33, memang murah sangat, KK biasa beli jenama FreshLook standart  RM90 paling murah RM 70 sepasang.

FreshLook Turquoise in case !

KK jadi terlebih teruja, haha, dah lama tinggal benda macam ni, bila pakai balik jadi kekok sikit, tapi dah biasa bila dah lama pakai.

Tapi KK cuma pakai kalau nak keluar jalan-jalan, dulu masa kerja kadang-kadang pakai juga, tapi jarang sekali, sebab mata cepat kering

Sekarang baru buka satu, yang warna Turquoise, yang Gray tak buka lagi, nak pakai satu-satu dulu, tak nak tamak, hehe.

FreshLook Turquoise : Look Natural !

KK memang suka brand FreshLook, design cantik, nampak natural bila pakai, biasa dekat kedai optometri jual brand FreshLook dan FreshKon saja.


5 Fakta KK dan Contact Lens

  1. KK dah pakai contact lens sejak 2007 (Tingkatan 1)
  2. 3 tahun tak pakai contact lens (2011-2013)
  3. Pernah ada 5 pasang contact lens dalam satu masa
  4. Gray dan Brown adalah warna kegemaran KK
  5. Pernah cuba warna hijau dan biru ! HAHA

Nak lebih tip tentang contact lens ---> KK dan Contact Lens


Tiada ulasan:

Catat Ulasan