Followers !

Isnin, 24 Februari 2014

Mimpikan sahabat lama ^_^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sejak dua menjak ni selalu saja KK mimpi pasal orang, tapi yang pasti orang dekat dengan KK, tak tahu lah kenapa.


Orang cakap mimpi itu mainan tidur, ada betul juga, tapi bila dah mimpi tiap-tiap malam orang yang sama, pelik juga.

Semalam ada KK mimpi kawan lama semasa di tingkatan 3, tiba-tiba boleh mimpi dia dan mimpi pula kat tempat kerja lama.


Bila bangun, teringat kata Ustaz Kazim Elias, dia cakap kalau kita mimpikan seseorang, maknanya orang itu rindukan kita.

Tapi, kawan KK tu dah KAHWIN ! dia dah kahwin bila dah habis SPM, dan mungkin sekarang dah ada anak.

KK dah lost contact dengan dia, sebab masa tingkatan 4, KK pindah sekolah, masa ambil result PMR pun tak sempat jumpa dia.

Walau apapun, KK berharap dia bahagia disamping keluarga baru dan berharap kekal hingga ke akhir hayat :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan