Spice of My Life

Followers !

Halaman

Isnin, 17 Februari 2014

Melawat tokcik di hospital ^_^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru saja balik dari melawat tokcik di HTAA, nampak kesihatan baik, baru lepas saja makan tengahari.


Tokcik ni boleh dikatakan nenek saudara sebelah jurai ibu KK, tapi panggil tokcik dari dulu sampai sekarang.

makanan hospital tak sedap

Lepas balik dari sekolah adik, ada sedikit urusan, terus mak ajak pergi jenguk tokcik, sampai dalam jam 12.45, waktu melawat pukul 1.

Tunggu lah 15minit, dah dapat masuk, jadi penuh la orang nak melawatnya, ajak mak naik tangga, sebab tingkat 2 saja, tak lah penat sangat, hehe

Bila sampai, tokcik tak perasan, mak yang tegur dulu, bilik ada 6 katil, borak-borak, tanya khabar.


Al-kisahnya patah kaki ni, terjadi kat rumah dia sendiri, kat Sungai Lembing, masa tengah berborak dengan jiran sebelah, duduk atas tangga.

Entah macam mana, jiran tu terduduk atas kaki masa atas tangga, rasanya macam tergelincir sikit atas tangga, tak pasal-pasal kaki patah.

Begitulah alkisahnya, tapi alhamdulllah, kaki dah disimen, dah boleh balik harini, katanya nak pergi berurut cara kampung.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan