Followers !

Ahad, 9 Februari 2014

Last Day as Housekeeping staff :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Rasa sayu dan sedih hati apabila menjejakkan kaki ke tempat kerja, tapi KK tak nak tunjuk sangat, buat macam biasa saja.


KK punya last day hari Rabu, tapi baru harini berkesempatan nak update blog dan keep up blogging balik, sebab sekarang KK dan tidak bekerja.


Hari terakhir di tempat kerja, KK buat kerja macam biasa, malas nak nampak sangat, cuma buat macam biasa, housekeeping.

Cuma harini KK ada permintaan yang agak istimewa buat aunty, iaitu nak bergambar dengan dia, sejak 2 bulan KK kerja disini, tak pernah terlintas pun di fikiran KK nak ambil dengan supervisor housekeeping ni.


Harini KK beranikan diri, ajak nak bergambar, nasiblah aunty nak, hehe, nampak sporting je, tapi bila lagi kan, lepas ni KK dah tak ada, hehe.

Perkara paling gembira apabila dapat angpaw dari salah seorang guest kat sini, KK biasa juga housekeeping rumah dia, hehe, akhirnya buka angpaw dapat RM 10 dengan 2 air kotak dan limau 2 biji, hehe, murah rezeki


KK nak ucapkan terima kasih kepada semua staff, housekeeping, public area, maintenance, security, front office, management dan pengurus yang telah banyak memberi KK peluang dan ruang untuk menimba ilmu disini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan