Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/02/2014

Salam Jumaat :) 14 Februari 2014


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tiba lagi kita di hari Jumaat, penghulu segala hari, ucapan Alhamdulillah terungkap di bibir pabila diri ini masih lagi bernafas


KK macam biasa, masih mengganggur, hehe, rutin harian iaitu menjemput adik dari sekolah masih berjalan seperti biasa


Cuma harini agak awal, kerana hari Jumaat, jadi adik pulang seawal jam 12 tengahari.

Perancangan harini KK ingat nak basuh My Jewel MR1 dah lama KK tak memandikan kesayangan KK ni, hehe, selama 2 bulan KK bekerja haritu, memang tak pernah basuh pun, hehe


Nasiblah dia tak merajuk, hehe, lepas tu nak lap kipas dalam bilik ni, dah berhabuk dah kipas tu, angin pun dah perlahan, walaupun pasang sampai volume 3, sama saja aliran anginnya


Malam pula nak pergi bayar bil utiliti rumah, ada bil air dan elektrik, senang bayar di Ejen BSN, semua boleh bayar, nak bayar bil air boleh, streamyx boleh, Astro boleh, sampai malam pula tu, senang kan?

Itulah perancangan KK untuk harini, harap semua tertunai, hehe :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan