Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 26 Februari 2014

Berusaha siapkan Resume !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila dah terlalu bosan, dari menghadap Facebook, main Texas Holdem Poker lagi, bila dah banyak kali kalah, chip pun berkurangan, haha



KK pun godek-godek Mudah.my dan selak bahagian Job di Kuantan, ada lah satu tawaran kerja ni, KK agak tertarik nak cuba.

Tapi kena hantar resume kat email, teringatlah resume separuh jalan KK tempoh hari, cari dan jumpa,nasib lah tak jadi santapan Recycle Bin lagi.
Bila buka, tak lengkap, tengok balik, apa yang tak cukup, tambah, cantikan, semangat sangat KK ni, haha.

Akhirnya siap juga, dan dah dihantar ke email tersebut, cuma tunggu keputusan, nanti pihak sana akan telefon jika terpilih untuk temuduga.

Insya Allah, jika tiada aral, KK akan kongsikan contoh resume lengkap KK punya, berdasarkan rujukan 2-3 resume di dalam internet.


2 ulasan: