Spice of My Life

Followers !

Halaman

Ahad, 23 Februari 2014

Ubat paling mudah haiwan berpenyakit kurap !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Haiwan kesayangan seperti arnab atau kucing pasti dilanda pelbagai penyakit terutama kurap.



Ubat yang paling mudah, murah dan senang didapati ialah dengan menggunakan minyak goreng ikan atau minyak masak yang telah digunakan.

Minyak masak adalah barangan dapur paling mudah, senang, dan cepat untuk didapati dirumah. Dan menjadi ubat paling mujarab untuk merawat penyakit kurap.

Maru the Cat !

Mak KK ada membela arnab, tetapi arnab yang besar tu dijangkiti kurap di telinga, sampai dah berketul-ketul dan tebal.

Nak ke klinik tak ada masa, dah cuba isi minyak gamat, tak jadi juga, jadi telefon Nadiah, dia yang cadangkan titik minyak ikan goreng ikan.

Kata Nadiah, dulu masa kucing dia ada kurap di hidung, arwah ayah dia titik minyak goreng ikan dan alhamdulillah kurap tu hilang.

Jadi, KK beritahu mak, dan mak pun cuba, dan alhamdulillah, tak sampai seminggu, kurap di telinga arnab dah gugur sikit demi sedikit.

Sekarang arnab tu dah baik, cuma dibahagian telinga dia masih luka, dalam proses nak tumbuh bulu semula.


Kalau kurap tu kat kucing ker, pun boleh guna, haiwan lain pun boleh, tapi kena rajin sikit, bila dah kering, titik kat bahagian kurap tu.

Kadang-kadang penyakit ni serang di badan pun ada, telinga, hidung, kaki dan sebagainya, jadi kena periksan betul-betul haiwan kesayangan kita.

Insya Allah, boleh dicuba, kalau masalah masih lagi berlarutan, boleh rujuk doktor haiwan atau pakar veterinar.

Gambar : Google Image 




4 ulasan: