Followers !

Isnin, 3 Februari 2014

2 hari lagi ! huhu


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Apa yang 2 hari lagi tuh? KK nak kahwin ker? Atau KK nak pergi melancong ? haha, mana ada sebenarnya 2 hari lagi tu, KK akan.......


Berhenti kerja ! Yeay ! Lagi 2 hari, tak sabar rasanya, akhirnya penantian ku kian berakhir disini, KK akan bebas ! haha

Perasaan bercampur baur apabila dah menghitung hari, ni dah tak sampai seminggu, hari rabu ni dah hari terakhir.


Tadi ada office staff tegur "Sibuk ker? Dah hari-hari terakhir ni, Susah Kak Mar bila awak tak ada nanti"

Sayu pula bila dengar macam tu, rasa macam nak sebak je, KK tak nak semua sedih, yang tahu KK nak berhenti cuma aunty, kak mar, dan warga housekeeping saja.

Tadi rasa gembira sangat, dapat housekeeping rumah aunty India yang KK dengan Nadia rapat sangat, rumah dia hari Isnin, dia suka bercakap, tapi totally English, BM tak pandai sangat, of course lah, kalau dah anak doktor dan peguam kan !

Aunty ni baik sangat, selalu saja gurau-gurau dengan KK, selalu pesan suruh belajar baik-baik dan berjaya satu hari nanti.

Harini hari terakhir KK housekeeping rumah dia, sebab Isnin depan KK dah tak ada, mungkin kalau ada jodoh boleh berjumpa lagi.


Walau apapun, KK akan habiskan hari-hari terakhir dengan gembira dan tak nak semua sedih, KK percaya pada satu kata pujangga :-

Yang Patah TUMBUH, Yang Hilang berGANTI :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan