Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 11 Februari 2014

Ambil adik dari sekolah ^_^


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi mak suruh jemput adik dari sekolah, rutin yang jarang dibuat, tapi terlaksana harini.


Bila dah tak kerja ni, masa yang terluang begitu banyak, dihabiskan dengan tengok tv saja, terperap saja dalam rumah.

Sampaikan kadang-kadang mak marah suruh keluar, "pergi tengok dunia luar tu", haha, sampai macam tu sekali kan, macam anak dara dah rasa, haha

Jadi tadi, adik balik dari sekolah dalam pukul 1:30, tapi KK dah sampai pukul 1:20, adik darjah satu, jadi mak suruh gerak awal.

Risau juga, takut berlari ke apa, kereta mesti banyak punya, bahaya juga, sebab tu pergi awal, tunggu depan pintu pagar keluar tu.

Keluar dari pagar tengok dah ada aiskrim kat tangan, awal pula membeli, patutlah, pakcik yang jual aiskrim tu masuk dalam sekolah.

Aiisshh, budak-budak, pantang nampak aiskrim, pakcik tu pula sampai masuk dalam sekolah nak meniaga, haha.

*duduk rumah goyang kaki :) hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan