Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 20 Mac 2014

STPM 2013 : Tahniah kepada semua !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam ialah hari paling bermakna bagi KK, hari pengumuman keputusan penuh STPM 2013 yang berlangung di sekolah.


Gembira lihat rakan-rakan yang naik ke pentas untuk menerima slip dari tuan pengetua sendiri, senyum KK dari bawah.

KK tak naik pentas, KK cuma tepuk tangan dari bawah saja, cukuplah KK gembira dengan keputusan sendiri.

KK tak dapat 3.0 pun, tapi KK puas hati, sampai KK melompat menjerit dalam dewan semalam, macam dapat 4.0, haha.


KK tahu dengan keputusan KK, inilah yang KK harap dan target, cukuplah, guru-guru pun gembira dan seronok tengok keputusan.

KK ada bawa hadiah untuk cikgu-cikgu semua, nanti KK buat bagitahu ok, cikgu semua suka bila dapat hadiah tu.

KK gembira sangat, markah KOKO dapat A, alhamdulillah, itulah harapan KK, dapatlah bantu sikit :)


Tahniah kepada rakan2 semua yang dapat keputusan cemerlang, kepada yang senasib dengan KK, jangan putus asa ok :)


2 ulasan:

  1. tahniah kimy.....berakhir dah debaran kita kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cik karmila, awak pun sama tau, tahniah juga :)

      *debaran UPU pula, hehe

      Padam