Followers !

Rabu, 26 Mac 2014

Bukan rezeki saya :(


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Kisah sambungan dari cerita semalam, ingat tak yang KK cerita pasal temuduga ke-2 yang KK pergi tu, boleh baca SINI


Jadi, tajuk entri sudah ada jawapannya, KK tak dapat kerja tersebut, bukan rezeki KK rasanya.

Lepas saja habis temuduga semalam, KK diberitahu jawapan akan diberi sebelum jam 6 petang, sebab ada seorang lagi calon temuduga.

Maknanya antara KK dan seorang lagi calon tu yang akan terpilih, tapi nampaknya dia telah terpilih.
KK tunggu juga, sebarang panggilan atau sms KK tidak terima, sampai pukul 7 KK tunggu, masih tiada sebarang respon.

Ekoran daripada itu, KK anggap yang KK tiada rezeki disitu, hati mana yang tak sedih kan, tapi nak buat macam mana, redha sajalah.

Tak tahu kenapa, KK rasa macam kehilangan sangat, rasa macam sedih pun ada, mungkin sebab dah lama KK mohon, dari minggu pertama bulan 2 KK hantar resume, pergi temuduga pertama bulan 3...

Pergi pula temuduga kedua hujung bulan 3, dan tup tup tak dapat. KK dah banyak tolak tawaran kerja kat lain semata-mata nak tunggu kerja kat sini.


KK jadikan senario ini sebagai satu pengalaman baru buat KK, tak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan, bersabarlah wahai hati.

Hati mana yang tak sedih, walau apapun, teruskan senyum dan terseyumlah, sesungguhnya senyum itu pengubat luka :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan