Spice of My Life

Followers !

Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

Temuduga 8:00 p.m : Kedai 24 jam !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Harini KK pergi temuduga lagi, biasalah mencuba nasib, takkan kita nak tunggu yang satu tu je kan, kenalah buat pelan kedua.


Kawan KK lah yang cadangkan, sebab sekarangkan KK tengah menganggur, jadi tempat kerja dia pun nak pakai pekerja, jadi KK cuba nasib

Pergilah dalam pukul 8, jumpa lah manager kat situ, isi borang, dan terus interview, takut juga kan.

Sebab kalau kat sini, kedai dah 24 jam, kerja pula cashier, mmm, takut juga, tapi nak buat macam mana, sementara kan.

Bila fikir balik, KK tak kisah kerja mana-mana, lebih kurang saja, dari segi gaji, jam bekerja, cuma tempat dan keadaan sahaja yang berbeza.


Dan, berita baik, KK diterima, tetapi KK minta tangguh sampai Isnin, sebab Sabtu ni MUET Test KK hari yang terakhir, jadi KK nak habiskan semua urusan sebelum masuk kerja.

Tapi, KK masih berharap permintaan kerja yang KK pergi temuduga haritu, boleh baca kat SINI.

Insya Allah, satu dah pasti, satu lagi masih tidak, KK tak berharap sangat, cuma berharap sikit, haha, mana-mana pun tak kisah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan