Spice of My Life

Followers !

Halaman

Selasa, 25 Mac 2014

Temuduga ke-2 ^ Hujan tetap diredah !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hati tak habis lagi berdebar ni, dup dap dup dap tak hilang lagi, lagi-lagi keputusannya masih tergantung.


Pagi tadi dalam jam 11:30 pagi, KK terima panggilan dari syarikat yang KK pernah minta kerja hari tu, dan KK telah pergi temuduga kali pertama disitu, untuk lebih lanjut, boleh baca sini --> Temuduga ke-1

Pagi tadi, memang KK betul-betul rushing, siapkan diri, ambil dokumen bagai, KK memang tak bersedia langsung, terus dapat panggilan dan suruh datang terus.

Jadi, memang serabai, masa tu lah baru nak gosok segala bagai, memang betul-betul tak keruan, demi kerja, KK dah lama menggangur, jadi terpaksa. hehe

KK pun nak gerak, sampai kat lampu isyarat, dah hujan rintik-rintik, Ya Allah, memang betul-betul dugaanlah, KK nak balik rasa, tapi KK nekad !

Bila dah jauh sikit, hujan berhenti, lepas tu hujan balik, hujan reda balik, tiba-tiba hujan balik, memang betul-betul buat KK patah semangat !

Baju KK dah basah lepas tu kering, basah dan kering balik, macam tu lah kitarannya, haha, nasiblah hujan rintik-rintik saja, jadi cepat kering.


Pasal temuduga tapi masih tiada jawapan, tetapi, jawapan akan diberi sebelum pukul 6 petang, Ya Allah, KK berharap sangat dapat, serius !

Menanti detik sebelum jam 6 petang, memang betul betul dapat memhentikan nadi pernafasan, tak habis lagi fikir pasal tadi.

Apa pun, doakan KK yang terbaik, KK redha dengan apa sekalipun keputusan yang dibuat, KK tahu Allah tahu yang terbaik untuk umatnya :)




4 ulasan:

  1. gud luck
    insyallah lau ada rezeki..mmg rezeki KK
    lau xde..kena usaha lagi ok

    ketaq lutuq...serabut kepala tgu jam 6 petang hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq el :)

      tahu pun, tapi tak dapat, redha ;(

      Padam