Spice of My Life

Followers !

Halaman

Khamis, 20 Mac 2014

Nile.com.my : Parcel dah sampai !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Barang KK dah sampai, 2 hari tunggu abang PosLaju, akhirnya sampai juga dengan selamat barang KK tu.


Barang sampai pada hari Rabu (19/03/14) iaitu hari KK ambil keputusan STPM 2013, sampainya petang dalam jam 5 petang.

Lepas saja KK ambil keputusan, KK dan kawan-kawan telah ke bandar, nak tengok wayang, dalam panggung abang PosLaju telefon.


KK terpaksa keluar untuk memberi gambaran jalan ke rumah, biasalah, rumah kampung, lagi satu barang dihantar guna van, kalau guna motosikal, tiada masalah, sebab memang dah biasa dengan rumah KK.

Alhamdulillah, selamat sampai, nasib mak ada di rumah, mak terus mesej cakap barang dah sampai, padahal dia tak tahu KK dah bagi jalan kat orang tu, hehe.

Balik-balik tengok parcel dah bocor, ni mesti kerja kakak ni, dia ni suka membocorkan privasi orang, sabar jelah. hehe

Inilah barang KK beli, kali ni KK beli kasut, pengorek telinga, pengikat wayar dan compressed mini towel yang comel.


Kasut High Top
RM 34.50
Black
Saiz : 10 (44)


Compressed towel : RM 3.00
Winder : RM 0.80
Besi Pengorek telinga : RM 1.20

Benda biru tu yang pengikat wayar, KK beli sebab serabut dengan wayar earphone yang panjang sangat, nak guna senang saja.


Macam ni lah nak guna winder tu, lepas ni tak lah serabut sangat dengan wayar tuh, kemas saja, tak lagi berbelit-belit.

Ini saja KK beli, nak beli banyak lagi tak ada duit, hehe, kasut tu ok, muat dengan kaki gajah KK bersaiz 10 ni, haha, ni kali kedua KK beli dengan Nile, sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Kredit :-

Facebook : Nile.com.my




2 ulasan: