Followers !

Jumaat, 7 Mac 2014

Kek Minyak Pelangi !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK sekarang suka pula dengan Kek Minyak ni, rasanya akan-akan Kek Pelangi yang biasa KK buat dulu.




Kek Minyak ni memang mudah dan rasanya sedap, KK suka campurkan esen pisang, jadi rasanya persis saling tak tumpah macam Kek Pisang.


Masuk kali ni, dah 3 kali KK buat kek ni, mak pun cakap sedap, apa lagi KK, suka lah, dah macam eksperiman buat pada kek ni, hehe

Kali ke-2 KK buat sebab nak bagi aunty dan staff kat tempat kerja lama, alang-alang ambil gaji tempoh hari bagilah rasa hasil air tangan KK.

Kali ke-3, mak KK suruh buat, katanya kawan-kawan dia ada buat makan-makan sikit, jadi nak bawa untuk dijadikan buah tangan.


Nak tahu resipi yang mudah ni, boleh klik Kek Minyak @ Kek Span , mudah sangat nak buat, tak sampai 10 minit pun adun.

Selamat Mencuba !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan