Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P6) : Air Terjun Sipiso-piso & Bakso Berastagi !


Assalamualaikum Selamat Sejahtera,

Selepas saja turun dari bukit tadi, laju kereta meredah jalan untuk ke Air Terjun Sipiso piso, terkenal sangat tempat ni, mana-mana memang orang sebut sebut


Memang betul pun, tingginya air terjun tu, Mas Ronnie cakap kalau turun senang hati, tapi masa nak naik setengah mati, hahaha, sakit perut ketawa, kelakar juga Mas Ronnie ni

Memang betul pun, nampak susunan anak tangga pun dah tahu macam mana, jadi semua tak nak turun, tak berani, dah makan masa kat situ, sebenarnya semua malas termasuk KK

Selfie sajalah dari atas, nampak tak? ke nampak rambut KK yang beterbangan seperti iklan sunsilk yang tersekat di skala 5 tu, hahahaha




Dah habis bergambar bagai, ayuhlah kita mengisi perut yang kelaparan, kat sini banyak deretan kedai pilih saja yang mana satu, semua boleh, majoriti muslim

Ramai pelancong asing disini, bukan saja dari kalangan penduduk tempatan, malah pelancong asing berpusu-pusu kat sini, jadi tak pelik sebab ini memang kawasan tarikan pelancong

Mas Ronnie mencadangkan kedai ni, katanya soto sedap sekali di kawasan ni, tapi KK tak nak, nak juga makan bakso, yang lain makan soto, haha, nak rasa bakso sini




Semua makan soto, KK seorang saja makan bakso, nak rasa bakso asli di Indonesia sendiri, sebelum ni rasa di Malaysia, jadi kita rasa di negara asal makanan ni

Tak disangka tak diduga, percaturan KK seorang diri tanpa sokongan memilih menu bakso ternyata tidak rugi malah terasa bangga sebab bakso KK sangat sedap ! semua cakap sedap

Memang sedap, Arif pun cakap sedap, habis KK makan, sup tu memang terasa sangat, tak payah tambah kicap ke, tambah sambal ke, tak perlu bagi KK sebab dah cukup rasa



Bukan sahaja makanan berat dihidangkan, makanan ringan seperti tempe goreng, keropok dan tauhu macam kek ikan tu pun ada, kiranya macam gorengan lah

Punyalah sedap tempe tu, tak tahulah kenapa, berebut makan semua, siap bungkus lagi 6 keping, haha, Hanie dua keping, Tun dua keping dan KK sendiri dua keping juga, hahaa

Sambung makan dalam kereta, rasa tak macam kita biasa masak, lain sedapnya, mungkin tempe sana segar terus digoreng, rasa kerangupan tu

Untuk makanan kali ni, 4 soto, satu bakso, gorengan, air untuk 5 orang termasuk sekali tempe 6 keping yang bungkus tu, semua sekali RP 164 ribu sahaja

Dah kenyang makan, perjalanan diteruskan ke Lake Toba, Bukit Cinta dan ke Makam Raja Silalahi yang terletak di kawasan Tasik Toba, wuhooo !!

2 ulasan: