Spice of My Life

Followers !

Halaman

17/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P15) : Terima kasih rakan seperjuangan !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Entri kali ni khas KK karang untuk kawan-kawan seperjuangan yang bersama-sama KK selama 4 hari 3 malam di Medan, Indonesia, mohon sediakan tisu sekotak, haha

Asalnya percutian ni idea drastik dari Cik Hanie, sebab dia yang mula-mula tengok promo tiket AirAsia tahun lepas, jadi tiket kami dah setahun lebih kurang, kalau cetak awal-awal alamatnya dimakan anai-anai dah, haha

Kisahnya tak siapa tahu, sebab KK tak pernah bagitahu sesiapa termasuk mak ayah KK, yang tahu cuma ahli-ahli mesyuarat tingkap sahaja, hehe

Dalam berkawan, bukan senang kita nak faham sikap masing-masing, setiap manusia ada lumrah perangai yang berlainan dan berbagai, jadi nak hadam tu makan masa, betul tak?


Pertama sekali pastinya sahabat baik KK dari sekolah rendah ni, selalu dalam susah dah senang, sudi teman KK untuk bercuti kali ni, walaupun banyak karenah KK dia ni paling banyak sabar, dia ni jenis senyap, tapi sekali buka mulut, susah nak tutup

Maafkan jika ada terkasar mulut, banyak kali marah dia ni kat Medan, geram sangat, kadang apa yang kita cakap tu tak bermaksud pun, tengah naik darah, siapa tak sangkal kan, sabar saja, merajuk pun ada juga, tapi tak lama, terima kasih Arif !


Si cantik ni pula Cik Hanie, yang banyak sangat tolong KK dari mula sampai akhir, dari KLIA2 lagi, tanya di khidmat pelanggan, inilah orangnya yang bertebal muka, tak pernah naik kapal terbang, jadi bertanya itu perlu, kalau tak melepas lah, haha

Hanie ni bagus orangnya, pandai tawar menawar, haha, bijak dalam berbelanja, boleh kata pandai berdikari, dia ni lah pendamai kalau KK dan Arif selalu gaduh, dan selalu juga membahan antara satu sama lain

Lepas balik Medan, banyak kacau si Hanie ni, minta gambar lah, tanya kos makan semua, nama tempat yang KK tak ingat, dalam sehari tu adalah 3-4 kali kacau Whatapps dia ni, tapi dia sabar melayan karenah KK ni, banyak susahkan dia, tapi dia sabar je, hehe

Kamera telefon dialah KK paling banyak pinjam, almaklumlah kamera cantik, telefon kita sendiri sedih gambarnya, haha, tetap bersabar walau kita minta pinjam banyak kali, terima kasih sis, semoga dipercepatkan jodoh, KK doakan


Yang ketiga ni adalah Tun, kakak kepada Hanie, walaupun sedikit berumur, hahaha, tapi tetap kepala masuk air dan perangai macam orang muda, walllllahhhhh!!! haha

KK tak pernah jumpa si Tun ni, tapi dia cakap selalu jumpa KK, nampak tak KK terkenal di sekolah, haha, apalah KK ni, tapi betul tak pernah perasan si Tun ni, tapi dia tetap terbaik !

Tun ni dikira sebagai bendahari kami kat sana, duit makan kami akan beri RP 100 000 seorang kat bendahari ni, dan duit tu lah bayar untuk makan, kalau dah habis, tambah lagi RP 100 000 sampai hari terakhir, duit baki tu pulang semula, kami tak kisah pun

Selalu sangat tanya keadaan KK, biasalah tanya keadaan orang tua, cepat sangat pening, bagusnya Tun ni cepat masuk dengan kami semua, orang buat lawak dia ketawa, bagus !

Tun dengan Hanie ni bertunjangkan #siblinggoals, haha, gaduh tak gaduh, tetap sayang antara satu sama lain, adik beradik kan, bertikam lidah pun tapi darah daging yang sama


Tak dilupa, supir merangkap guider kami sepanjang 4 hari 3 malam di Medan, Indonesia, banyak membantu kami, dialah yang tolong banyak bercerita, tak banyak karenah orang, semua boleh jalan, terbaik !

Kami makan, dia makan, kami tidur dia pun tidur, haha, tapi masa dalam kereta, kami tidur dia pandu kereta, mana boleh tidur, haha, tapi Mas Ronnie ni kelakar orangnya, senang ketawa dan suka bercerita

Selalu sangat berpesan "jangan berantem", tapi kami semua ni gaduh gaduh manja saja, tak ada lah sampai tarik rambut ke apa, haha, kata #friendshipgoals, hahaha

Terima kasih semua! KK sangat hargai segala bantuan dan pertolongan dari semua sepanjang KK disana, tanpa kamu semua KK takkan sampai ke Medan !

Ampunkan segala silap salah KK kot kot ada terkasar bahasa, terguris perasaan, kadang mulut ni tak terkawal, main cakap lepas saja, hehe, harap dimaafkaan semua

Lepas ni kalau ada lagi nak bercuti, jangan lupa Whatapps tau, KK senang bercuti dengan kamu semua sebab semua boleh masuk kepala dan tak banyak karenah ! wallllaaahhh !

2 ulasan:

  1. Kenangan yang susah nak diulang.. Semoga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke Jannah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis, semoga saya kekal bersahabat selamanya

      Padam