Spice of My Life

Followers !

Halaman

29/12/2021

Bayar saman


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK lupa nak cerita kisah dua hari lepas, KK ada bayar saman kereta, kan masih lagi dalam tempoh promosi dari pihak PDRM kan, jadi KK pun tak nak terlepas.

Ingatkan dah tak sempat sebab masa mula mula promosi tu kan ada ada tempoh, masa tu ramai orang pergi bayar, penuh balai polis dengan JPJ, hahaha, dah macam kenduri.

Masa tu KK tak boleh nak bayar lagi sebab tak dapat gaji, tapi bila dah umum tempoh dilanjut sampai 31/12/2021, KK pun tunggu gaji.

Bila dah dapat gaji terus bayar saman, entahlah KK pun dah tak ingat sebab saman ni tahun 2015, lupa dah, hahahah

Selepas diskaun, KK cuma bayar RM 60 untuk dua saman, kalau tak RM 300, banyak tu beza, jadi ada peluang macam ni kita guna sebaiknya, mana tahu tahun depan tak ada dah kan, hehe.


1 ulasan: