Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/12/2021

Doakan kami



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Ya Allah, hujan membasahi bumi telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan, untuk daerah Kuantan, ada beberapa kawasan terjejas akibat banjir

KK berada di Kuantan agak membimbangkan, cuaca hujan yang masih tak berhenti hingga sekarang memberi kesan yang buruk

KK masih bersyukur kerana di kawasan KK tinggal tidak dinaiki air, tetapi ada beberapa kampung lain sudah dinaiki air dan ada yang sudah dipindahkan

Bukan sahaja di Kuantan, malah di kawasan Selangor dan juga kawasan pantai timur lain turut membimbangkan, kita hanya mampu berdoa supaya semuanya selamat

Doakan kami supaya selamat dan ayuh kita doakan negara kita Malaysia supaya terhindar dari bencana yang buruk.

1 ulasan: