Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/09/2022

Sambung bergelap


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Sekarang KK nak sambung kisah yang temuduga tadi, kenapa tempat tu gelap ada jawapan di episod kali ni, dah macam drama, haha.

Ikut temujanji pukul 3 kan temuduga, jadi KK pun bertolak awal seawal 2.30 petang, KK fikir dah sampai akan tepat jam 3 petang.

Tapi KK sampai lagi awal, 2.50 dah sampai, jadi KK pun ambil masa 5 minit tenangkan diri hilangkan berdebar apa semua, hehe 

Jalan kaki sikit dah sampai dah, pejabat tingkat dua, letih naik tangga, lama dah kan tak bersenam, inilah padahnya, hahaha

Bila sampai terus gelap, KK ni macam eh betul ke tempat ni, tengok kat pintu macam dah betul nama syarikat ni, masuk terus bagi salam.

Mujurlah ada orang keluar, KK cakap nak datang temuduga, rupanya tak ada elektrik, patutlah bergelap, KK ingat dah salah tempat, haha.



KK pun di panggil temuduga, ada satu bilik hujung tu, buka tingkap teranglah, masuklah sikit angin tu, temuduga dalam panas, tapi KK nak juga kerja ni, insyaAllah kalau ada rezeki.

KK pun ditemuduga, rasanya dekat satu jam jugalah, macam-macam ditanya, kerja dulu, sejarah sekolah, habis keputusan SPM dan STPM disalin, latar belakang apa semua.

KK tak berharap sangat sebab penemuduga cakap KK adalah orang ketiga yang datang temuduga, KK rasa mesti calon sebelum ni lagi hebat dan muda.

KK cuma mampu berdoa sebab penemuduga cakap akan beritahu secepat mungkin jika dapat kerja, KK dah beritahu akan kemasukan bulan 10 sebab KK perlu habiskan notis berhenti kerja.

KK pun baliklah macam biasa, balik rumah terus makan sebab lapar, padahal makan saja tengahari tu, mungkin sebab berdebar tak habis, haha.



Dalam pukul 4.45 petang macam tu, penemuduga telah menelefon KK dan memberitahu yang KK telah diterima bekerja, ya Allah bersyukurnya KK sebab diterima bekerja, KK panjatkan syukur pada Allah yang telah beri KK rezeki.

KK akan masuk kerja 3/10 pada hari Isnin, berbunga hati KK sebab dah dapat kerja, tak perlu dah nak serabut kepala fikir, semoga rezeki KK kali ini akan bertahan sebab KK kalau boleh taknak dah tukar kerja, semoga urusan KK akan dipermudahkan oleh Allah, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan