Spice of My Life

Followers !

Halaman

19/09/2022

Temuduga?


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Baru-baru ni KK ada nampak satu jawatan kosong dekat facebook, KK pun nak cuba lah kan sebab KK kan dalam notis, lagipun KK fikir boleh dah KK bermula dari sekarang.

Tetapi iklan jawatan kosong ni diiklankan oleh satu syarikat agensi pekerjaaan, jadi KK perlu daftar dahulu sebelum meminta pekerjaan tersebut.

KK pun pergilah daftar, kalau ikutkan kriteria yang dikehendakkan KK lepas saja semua kecuali satu sahaja iaitu umur, KK kan dah 28, tua dah pun, hahaha, kalau ikutkan syarikat tu nak bawah 25.

Disebabkan KK cuma kurang satu kriteria, agensi tu pun telefon terus syarikat tersebut untuk bertanyakan terus tentang KK yang berminat akan kerja kosong tersebut.

Alhamdulillah, syukur sebab syarikat tersebut sudi  menerima KK untuk ditemuduga dahulu, dan temuduga pun diadakan pada petang tu juga pukul 3, KK pun balik dulu rumah.

KK pergi tak? KK jumpa tak? Apa kena mengena gambar tu? hahahaha, nanti KK akan cerita di episod seterusnya, hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan