Spice of My Life

Followers !

Halaman

12/10/2022

12/10/2022


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hujan membasahi bumi di pagi hari, setelah sekian lama KK tak bawa kereta, pagi ni KK pergi kerja bawa kereta sebab hujan.

Biasanya merempit saja, lagi cepat dan senang, tapi itulah kalau hujan ni payah sikit nak senang bawa saja kereta.

Sempena di hari lahir KK yang ke 28 tahun ini, KK nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi menzahirkan ucapan dan doa tidak putus putus untuk KK.

Syukur pada Allah masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus berbakti di muka bumi Allah yang begitu luas ini.

KK sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan orang yang baik dan sentiasa menyokong KK di belakang hingga hari ini.

Tidak apa pun nak dibebelkan, cuma mengharap doa dari semua untuk KK terus dapat berbakti kepada masyarakat dan keluarga, doakan KK untuk terus kuat menghadapi hari-hari mendatang dan semoga Allah memberikan KK hati yang tabah dalam menghadapi cabaran, aminn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan