Spice of My Life

Followers !

Halaman

21/10/2022

Salam Jumaat


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Salam Jumaat pada semua, esok dah hari minggu, kalau dulu KK jenis tak kisah hujung minggu, sekarang itulah yang dinanti.

KK sekarang bila hari Jumaat dah gembira, kalau dulu cuti tiap kali Jumaat, sekarang Allah ganti dengan cuti Sabtu dan Ahad, alhamdulillah.

KK ni entahlah, masih lagi batuk-batuk, demam dah kurang, cuma batuk lah tak hilang lagi, rasa macam kena hujan tempoh hari.

Minggu ni KK di masjid Bukit Setongkol, tadi ada urusan di pejabat tanah, jadi KK terus kesini, lagi dekat dari masjid tepian putra tu, ingatkan nak duduk dalam sebab sejuk, tapi fikirkan sejuk, batuk pula, KK di luar sajalah.

Bersambung pula episod pejabat tanah sebab masih tak siap lagi, harap sempatlah sebelum pukul 5 harini.

Semoga urusan KK dipermudahkan oleh Allah harini dan semuanya berjalan lancar, amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan