Spice of My Life

Followers !

Halaman

14/01/2023

Habis modal


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK lupa nak cerita alkisah minggu lepas masa KK tengah baiki si putih, malas nak cerita, tapi kalau tak cerita rugi kan, cerita tergantung.

Masalah kereta ni masalah penyaman udara dah tak sejuk, lama dah KK perasan cuma kadang KK buat buat buta dan pekak, haha.



Singkat cerita, sistem dah rosak jadi atas cadangan KK dinasihatkan untuk tukar semua kepada baru macam kereta baru keluar dari kedai, haha.

KK tinggalkan kereta sebab nak tukar tu lama, jadi KK pun malas nak layan, sakit kepala, kita ni dengan tak kerja duit nak dihabiskan.

Pukul 8.30 pagi KK hantar, siap tak siap pukul 6.15 petang, mujurlah KK balik, kalau tak buruk muka tunggu kat situ sampai nak maghrib kan.



Jadi total kerugian semua adalah RM 1875 sahaja, alhamdulilah syukur habis gaji sebulan lebih, hahahaha, lepas ni boleh makan pasir, hehe

KK pergi ambil tu kereta berkabus habis, macam duduk kat Cameron Highland kan, sejuk kemain macam kereta baru, alhamdulillah selesai satu masalah, harapnya lepas ni jangan buat hal dah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan