Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/01/2023

#ProjekHealing


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

KK nak bercerita tentang #projekhealing KK awal bulan baru ni, biasalah dalam hidup ni kita perlu sesekali pergi tenangkan diri.

Sebenarnya projek ni boleh kata saat akhir, KK sebenarnya bukan orang saat akhir kerana lebih suka perkara yang tersusun dengan perancangan.

 Tapi boleh kata projek kali ni orang lain ajak, nak perginya esok, tapi malam ni baru whatapps, disebabkan tempat dan masa yang sesuai, kena pula dengan bajet, KK terus panas enjin.



Kemaman memang tak asing dengan KK, dari Kuantan sejam saja dan KK pernah menjadi warga Kemaman selama setahun, cerita dulu lah.

Uzma lah yang ajak healing, kemain nampak macam stres sangat, hahaha, KK layankan sajalah sebab KK pun tengah tak kerja kan.

Kami gerak petang, lepas Zohor macam tu sebab niatnya nak lepak pantai pastu nak makan-makan saja, tak ada tujuan pun, sekadar nak ukur jalan.




Dah sampai tu beli makanan dulu, beli sata, churos lah, sate ikan, beli lokcing, sampai beli kopi lepas tu bawa makan tepi pantai.

Masa ni lah layan angin pantai sambil makan, bertukar cerita, jumpa selalu dah, tapi pantang jumpa ada saja cerita yang berbangkit, hehe.




Sebelum balik tu singgah makan dulu, lama dah tak makan pelik macam ni, biasalah sesekali tukar angin kan, hehe, kita melantak sampai kenyang, tak apa, diet tu esok boleh, peluang depan mata.

Alhamdulillah selesai #projekhealing separuh hari di Kemaman, sambil kenang tempat kerja lama, bolehlah kita tenangkan fikiran di tempat orang.

KK ada buat video sikit masa pergi healing ni, kalau nak tengok boleh klik link kat bawah ye, terima kasih semua !

https://youtube.com/watch?v=-NneiFx6chU&si=EnSIkaIECMiOmarE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan