Spice of My Life

Followers !

Halaman

04/06/2013

Button Badge MK BIZ !



Assalamualaikum,

Harini kimi nak cerita tentang button badge, pasti semua nak tahu pasal button badge ni, hehe

Kimi buat button badge ni untuk reunion hari itu, sebab biasanya kalau orang pergi reunion cuma makan dan balik, macam tak ada sesuatu istimewa.

Semua tahu yang reunion kimi adakan ni hanya perlu bayar RM10, jadi daripada RM10 tu, kimi tak nak fokus untuk semua duit tu untuk makanan sahaja.

Jadi kimi fikirkan sesuatu yang boleh dibuat kenangan oleh semua yang hadir, jadi tercetuslah idea untuk menjadikan button badge sebagai hadiah atau kenangan kepada semua.

Mulalah misi mencari button badge untuk ditempah, cari punya cari, kat fb, kat mudah dan bermacam lagi saluran yang kimi gunakan.



Jadi terjumpalah satu tempat yang kimi rasa murah sangat2 button badge dia jual, 1pc RM 1.50 ! murah kan? lagi satu , minimum order hanya 50pc ! yang tu lagi best ! saiz pula 58mm tau.

Kimi cuba sms untuk tanya, boleh tak kalau nak tempah cuma 25pc, orang tu cakap boleh, sukanya kimi, sebab kalau 50pc tu banyak sangat.

Bermula misi ke kedai untuk tempah, kimi bawa design yang arif lakar, sampai2 tunjuk kat akak tu, akak tu tengok dan kimi terangkan kat dia.


Tunggu kejap akak tu design dan dia tunjuk, edit sikit2 dan proceed, kimi tak sangka pandai akak tu design, memang dah kepakaran dia, tapi akak tu memang terbaik ! saya salute akak !

Dan yang paling the best, button badge kimi siap terus, sikit saja, kimi pergi jalan2 dulu, baru ambil, hehe, dan dapatlah button badge.


Jadi, inilah hasilnya, kimi berterima kasih kepada MK BIZ, akak yang design dan semua pihak yang bertungkus lumus untuk menyiapkan button badge yang kimi tempah :)


Jadi, kepada sesiapa nak tempah, boleh ker laman web atau boleh call terus, bukan sahaja button badge, kad kahwin, banting, fridge magnet boleh ditempah, senang kata one stop centre untuk siapa nak kahwin, hehe.


Syarikat : MK BIZ


Facebook : Kad Kahwin

Telefon : 012-6904745


#thanks for everything, nanti kalau ada event, saya tempah lagi button badge :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan