Spice of My Life

Followers !

Halaman

22/06/2013

SABS Got Talent?


Assalamualaikum,

Minggu ni, banyak juga tak belajar, ekoran daripada Hari Sukan yang akan diadakan pada hari esok, jadi apabila guru yang terlibat di padang sekolah, terpaksa la anak murid tercinta "diangkut" sekali ke padang.


Tak terkecuali juga guru2 tingkatan 6, tapi ramai juga yang buat "penuh" padang, haha, jadi macam2 adengan yang boleh tengok pada minggu ni, haha. ada tu sehari lepak kat padang tak masuk-masuk kelas, macam2 lah.

Kimi pun sibuk, tetapi bukan sibuk hal di padang, tetapi sibuk akan hal yang lain, MPPT6 ada mengadakan satu event kepada semua pelajar sekolah kimi, dari tingkatan 1 hingga 5, iaitu SABS GOT TALENT !

Poster * design by Tasya
Jadi, event ni diadakan untuk mencungkil bakat dan berpeluang mengadakan persembahan di Gala Dinner dan Graduation Night Tingkatan 6 pada tahun ini.Bagi yang menang sahaja la, hehe

SABS GOT TALENT ni dah minggu depan, 1st audition pada 25/6/2013, hari selasa, dah la pagi tu kimi ada seminar BM di sekolah lain, lantaklah, biar je , sebab audition petang.

Yang tu baru satu, ada lagi ! pemilihan untuk MPPT6 yang baru, jawatan kimi dan semua ahli harus dilepas kepada lower six, sebab tak kan sampai hujung tahun nak pegang kan,

Minggu depan untuk tarik undi, dan pilihanraya pada 10/7/2013, bila tu yer? yup ! benar sekali, hari pertama kita berpuasa, haha, insyaallah, kalau 1st puasa jatuh hari itu.

Besar sungguh dugaan, hari pertama puasa dah nak kena manage untuk pilihanraya, tak apa kimi, dugaan di bulan puasa, sabar saja.

Banyak lagi perancangan yang MPPT6 rencanakan sehingga akhir tahun, dan semua tu mungkin MPPT6 yang baru akan handle, yang lama akan goyang kaki dan bersuka ria, huhu

*Esok hari Sukan ! huhu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan