Spice of My Life

Followers !

Halaman

23/06/2013

Hari Sukan Tahunan SABS 2013 :D


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pagi tadi berlangsungnya majlis sukan tahunan di sekolah kimi, pada mulanya agak hambar, tetapi meriah pabila pasukan sorak mempersembahkan tarian mereka.





Ni antara pasukan perbarisan setiap rumah sukan, rumah merah tak sempat ambil sebab pasukan tu jalan dulu, tak menyempat kimi nak kejar, hehe.



Rumah ABDULLAH
Bertemakan ANGRY BIRD !




Rumah RAZAK
Tema NINJA TURTLE !





Rumah MAHMUD
Tema DORAEMON !





Rumah MUHAMMAD
Tema SPONGEBOB SQUAREPANTS !

Kimi sebenarnya nak balik awal, tapi difikirkan cabutan bertuah yang nombornya dikira tak berapa bertuah, hehe, tunggu saja, nombor yang bertuah perlu diberi semasa mengambil hadiah, sebelum tu, snap dulu simpan buat kenangan, kot2 menang, hehe


Jadi, kimi pun menunggu, hadiah utama iaitu sebuah basikal macam melambai2 kat kimi, haish, geram tengok, dah la hari panas yang amat.


Akhirnya, penantian kimi berbaloi, walaupun hadiahnya tidak seberapa, tetapi kimi tetap gembira, tunggu tengah2 panas, dapat juga hadiah, dan hadiahnya juga istimewa, kimi pun tak jangka dapat hadiah macam ni.


Dapat jus madu? haha, tergelak kimi kejap, ingatkan dapat tuala atau benda lain, tidak terjangka dapat madu, hehe, tapi, itulah dinamakan cabutan bertuah kan, hadiahnya juga "bertuah", hehe.

*jangan tanya siapa menang, sebab lepas kimi dapat cabutan bertuah, terus balik, haha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan