Spice of My Life

Followers !

Halaman

05/08/2013

Shopping Raya + Iftar bersama Cik Meyra !


Assalamualaikum,

Semalam 4/8/2013, kimi ajak meyra untuk shopping raya, meyra ni kalau bab-bab berjalan, kalau bab-bab bershopping memang no. 1, pasti ok je, tak ada kata tidak pun, haha

Jadi, dalam pukul 3.30 kimi dah gerak dari rumah untuk ke bandar, awal kan? bukan apa, sebab jalan kat kuantan ni dah sehala, kimi takut sesat, sebab tu ajak gerak awal, dia ok je, haha, berani kata off, kan kena tinggal tepi jalan baru tahu, haha.

Tempat pertama nak pergi ialah Mydin ! haha, kimi nak beli sampin, dan songkok, orang kat Mydin jangan nak cakap la, penuh ! sesak ! padat ! memang gila lah, biasalah, shopping last minute kan, kat pintu masuk tu pun dah penuh orang, makcik-makcik, pakcik-pakcik memang nampak sangat, nak-nak kalau dekat bahagian kuih raya tu, hehe


Jadi misi pertama mencari sampin, tahun ni tema purple, ingatkan nak cari sampin warna purple, lepas itu, meyra cakap elok beli sampin warna hitam, boleh pakai dengan apa-apa warna lain, tak lah setiap tahun nak beli setiap warna, betul juga katanya, jadi kimi memilih warna hitam ini.


Misi kedua beli songkok, haha, sebenarnya kimi dah lama sangat tak ada dan tak beli songkok, rasanya terakhir beli songkok masa darjah 6, haha, dah nak dekat 10 tahun tak pakai songkok, haha, sebab kimi  biasa pakai kopiah saja, lebih selesa, haha, tuakah aku ? haha.


Bila fikirkan nak pergi bayar, baru teringat nak beli selipar, ajak lah meyra pergi bahagian selipar, haha, dia ok saja, kalau raya, kimi suka pakai capal, kimi memang dari kecil suka sangat dengan capal, cari punya cari, jumpalah, hehe, biasa beli warna hitam, cari saiz 10, haha, kaki anak dinasour memang macam ni, haha.

Lepas dah semua barang dah ada, apa tunggu lagi, sesi pembayaran pula, kalau kat tempat cashier, orang memang ramai, nasib kimi ambil cashier yang kurang orang, jadi cepat sikit lah.

Jam menunjukkan 4.30 petang, awal lagi ni, bincang-bincang meyra ajak pergi Kuantan Parade, dekat saja dari Mydin, dalam pukul 5 petang dah sampai disana, depan Kuantan Parade tu penuh dengan khemah2 jualan raya, dengan pasang lagu raya nya, memang meriah.


Jam menunjukkan pukul 6.00 petang, orang ramai sudah memenuhi Padang MPK1 di Kuantan, kepada yang tak tahu lagi, Padang MPK1 Kuantan adalah satu-satunya tempat di Malaysia yang pada bulan puasa orang ramai akan berbuka berami-ramai di atas padang bola sepak kerana terletaknya masjid dan bersebelahan dengan bazaar Ramadhan.


Kat tempat lain memang tak ada, cuma hanya ada di Padang MPK1 di Kuantan Pahang sahaja, pada setiap tahun memang akan ada dan tidak menjadi kepelikan jika anda duduk bersila di atas padang rumput dan menanti azan berkumandang. Itulah istimewanya Padang MPK1 di Kuantan Pahang !


Muka-muka tunggu azan berkumandang, hehe, untuk kali ni, kimi beli nasi ayam boxing, kimi memang suka makan ayam sebab tu gemuk, haha, kalau pergi bazaar sini, memang beli nasi tu saja, tak pernah jemu pun, ayam punyalah besar, harga pun rm5 sahaja, berpatutan bagi kimi.


Rupa nasi ayam Boxing, ayam besar kot, puas hati makan, hehe, meyra pun beli yang ni juga, dia cakap nampak sedap, ayam pun rangup !

Hehe, lepas dah berbuka, terus balik, nak balik tu tak payah cakap lah, memang sesak, meyra yang bawa ni main cilok-cilok saja, haha, gelak-gelak tengok dia bawa motor, biasalah, orang dah duduk Putrajaya kan, dah biasa sesak macam ni katanya.


4 ulasan: