Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tibalah masa nak berdrama air mata dan sesi bermaafan-maafan seperti pagi raya ye, haha, ni masuk babak sedih di Lapangan Terbang Kualanamu
Sebelum sampai di sini, kami minta Mas Ronnie singgah di IndoMaret untuk beli kudapan, belilah roti untuk alas perut sementara menunggu penerbangan
IndoMaret ni kalau di Malaysia macam 7-eleven, bersepah kedainya, sama juga macam Alfa Mart, lebih kurang adik beradik, mana mana tempat mesti ada kedainya
Masa ni Mas Ronnie tunggu kami sampai kami masuk pintu pagar untuk pelepasan tu, tapi masa sampai pintu pagar tak buka lagi, jadi kita borak dulu
Bermulalah segala cerita rindulah, bakal datang lagi, tak nak baliklah, haha, macam-macam tapi betullah kat sini baru berasa sedih, sebab kami dah macam keluarga semua
Lepas dah pintu pelepasan antarabangsa dibuka, KK dan Arif salam Mas Ronnie, minta maaf semua, takut ada terasa hati ke apa, terlepas cakap kan, dalam kita tak sedar
Mas Ronnie siap pesan kat kami jaga diri elok-elok, dan untuk KK dan Arif pesannya sangat istimewa iaitu " Jangan berantem" hahaaha, nampak sangat kami berdua selalu gaduh
KK dengan Arif ni selalu sangat berperang, kadang-kadang depan orang ramai pun menjadi, ni depan Mas Ronnie, sampai dia pun geleng kepala, tapi kejap saja, lepas tu dah baik semula, hehe, tak lama pun, hal kecil pun jadi isu kadang-kadang tu, haha
Tepat jam 4:45 petang waktu Indonesia penerbangan kami dipanggil, berbaris, bagi tiket dan masuk dalam kapal terbang, sayu saja, mulalah sibuk throwback semula, haha
Rasa ada lagi kisah ni, hehe, bakal bersambung...
Dah habis bercuti ye..
BalasPadamBerantem tu biasa dalam berkawan.. Itu yang merapatkan sebenarnya..
betul tu, bergaduh tu buat kita makin kenal siapa kita berkawan
Padam