Spice of My Life

Followers !

Halaman

15/08/2016

4H 3M -MEDAN- (P7) : Danau Toba & Bukit Cinta dan Bawang !


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Selepas saja sesi fotografi di Air Terjun Sipiso piso tadi,dan baru lepas melantak bakso yang sedap, siap bungkus tempe lagi makan dalam kereta, haha




Perjalanan diteruskan ke kawasan Lake Toba, tengok tasik dengan jarak dekat, paling best hotel kami untuk malam kedua ni betul-betul tepi Danau Toba

Dari Air Terjun Sipiso-piso tadi, keluarlah kami dari daerah Berastagi, perjalanan diteruskan untuk masuk ke kawasan Danau Toba, tasik tapi macam laut, haha

Perhentian pertama kami adalah ke Makam Raja Silalahi Sabungan yang terletak di hujung Danau Toba, nasiblah jalan agak baik tapi gerun sebab jalan tepi bukit yang cerun

Jalan nak ke Makan Raja Silalahi ni lalu ikut bukit bukau yang mengelilingi Tasik Toba tu, kat sini memang kawasan penduduk tinggal, tepi tasik tu, rumah memang banyak



Kat sini kawasanMakam Raja Silalahisabungan berkurun lmanya, ada satu makam dan satu monumen, KK tak jumpa pula gambar monumen tu, kena tengok di FB kawan KK

Makam ni kira penghujung jalan jugalah, jauh nak ke sana, makan masa, nasiblah jalan disini agak baik, jadi lajulah sikit, hehe

Paling menarik, setiap inci kawasan disini mesti jumpa bawang, bawang merah yang kecil tu, memang ekonomi penduduk disini dijana dengan penanaman bawang secara komersial





Masa bergambar dengan bawang ni KK tak turun sebab pening, haha, ni lah susah kalau bawa orang tua berjalan, sikit-sikit pening, haha, sedih

Memang banyak bawang disini, kata Mas Ronnie bawang dari daerah sini antara yang terbaik jika dibanding bawang yang diimport dari India, jadi bawang tempatan terbaik !

Selain bawang, ada juga kawasan penanaman padi secara komersial, bertingkat-tingkat, subur tengok padi, almaklumlah, sumber air yang dekat, jadi senang padi nak hidup






Ini pula bukit cinta, nama diberi, katanya kalau orang nak tahan lama bercinta kena datang sini, haha, dengarlah sangat kata Mas Ronnie ni, haha

Dari atas bukit ni nampaklah kawasan sekitar yang berbukit bukau, kawasan tasik, angin punyalah kuat, dengan hari nak hujannya, cepat-cepat bergambar, hehe

Lepas dah siap semua, kembali ke Hotel untuk bermalam di hari kedua, Hotel Anugerah Togging memang betul betul tepi tasik, nampak ikan sebab air jernih


Dah sampai ke hotel, memang seronok sebab tepi tasik saja, buka pintu nampak tasik, nyaman saja, dah sampai terus masuk bilik, semua penat, haha

Malam pula kami makan dia kedai makan kat tepi hotel saja, kedai atas air, tasik Toba ni punyalah besar tengk dah macam laut, penduduk sini bela ikan air tawar

Disebabkan semua tak makan ikan air tawar, haha KK pun sama, kami pesan nasi putih, telur dadar, kankung goreng dan sayur timun saja, air pastinya manis dingin (teo o ais)

Dah makan buka pula cerita pasal negara masing-masing, panjang pula bercerita sampai gosip artis Indonesia Malaysia, haha, memang hebat supir kami, semua ambil tahu walau sikit dan perkara biasa, kiranya hal isu semasa semua tahu, hebat Mas Ronnie !

Oh, sebelum lupa, total kos untuk makan malam di Lake Toba berharga RP 210 ribu, sebenarnya agak mahal jika dibanding dengan menu kami pesan, redha sajalah

Balik hotel, buka gosip kejap dan terus tidur ! mengantuk sangat semua, kisah hari kedua dah tamat dan bakal bersambung lagi untuk hari ketiga esoknya, hehe

Gosip bakal bersambung lagi, nantikan, hehe

2 ulasan:

  1. Owh.. Manis dingin tu teh o ais.. Unik.. Saujana mata memandang lah eh ladang bawangnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah, KK baru belajar kat sana, kalau pesan tea o ais memang diaorg tak faham, haha

      Padam