Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pagi ni KK pulun diri untuk berkemas baju semua sebab petang nanti KK dah balik Kuantan, bas KK pukul 6 petang
Punyalah pertama kali nak ke luar negara, semangat tu terlebih sikit, haha, sambil berkemas sambil berangan, sempat lagi tu
KK kerja dulu pagi ni macam biasa, cuma KK minta balik awal sikit, sebab KK dari Kemaman nak ke Kuantan, risaunya tak sempat kan
Inilah hasilnya lepas dah siap digulung, dah macam kek gulung tengoknya, haha, ni pun tengok tutorial kat Youtube, hehe
Harapnya cukuplah bajunya, sebab KK pergi 4 hari, Khamis baru balik, harini ke KL dulu, pagi esok baru ke KLIA2 dan penerbangan jam 8 pagi
Doakan KK semoga semuanya dipermudahkan, Amin !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan