Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Selepas kena membebel semalam dengan si Arif, haha, kesnya masak tak ada sayur, KK masak kosong saja, dia cakap patutlah selalu sakit, tak cukup zat, haha
Salah satu faktor KK tak nak beli sayur sebab tak tahan, kat sini tak ada peti sejuk, susah nak simpan, jadi beli masak terus bagi habis, kalau simpan sayur cepat layu
Jadi pagi tadi KK bangun awal sedikit sebab nak ke pasaraya beli sayur sikit nak masak harini, sebelum kena bebel kali kedua, haha, bahaya makcik ni membebel tak berhenti
Nak belinya sayur sawi, atas rak tak nampak pun sawi, sebab baru buka, jadi banyak sayur tak ada, KK rembat kailan saja, hah, bolehlah sayur juga kan, asal ada
Ambil sebiji lada benggala, KK suka sebab lada ni sebab manis dan tak pedas, tapi harga agak mahal lah, haha, sebiji pun dah RM 1.80 tadi, cukuplah
Ambil sepaket keuw tiow dan terus bayar, balik saja terus masak sementara kedai tak buka lagi kan, berperang kat dapur, campak-campak dan siap ! haha
Alhamdulillah, sampai ke petang boleh makan ni, sebab banyak, hehe, oh, selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 59 ! merdeka ! merdeka ! hehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan